ALWAYS THERE FOR YOU

7-Eleven Malaysia Holdings Berhad - Dasar Privasi

English | Bahasa Malaysia

Kami menitikberatkan soal privasi anda. Dasar Privasi ini menerangkan dasar kami dalam mengumpulkan, menggunakan dan mendedahkan Maklumat Peribadi anda. Pemprosesan maklumat peribadi anda juga tertakluk kepada undang-undang yang berkuat kuasa. Maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami dari masa ke masa, atau yang telah anda berikan kepada kami sebelum ini akan digunakan dan diproses, dan terus digunakan dan diproses oleh kami, menurut Dasar Privasi ini (seperti yang dipinda, diubah atau disemak semula dari masa ke masa). Kami boleh meminda, mengubah atau menyemak semula Dasar Privasi ini dari masa ke masa. Jika kami menyemak semula Dasar Privasi ini, kami akan memaparkan perubahan di laman web kami.

Dalam Dasar Privasi ini,

"7-Eleven Malaysia" bermaksud 7-Eleven Malaysia Holdings Berhad (No. Syarikat 1058531-W).

"Maklumat Peribadi" bermaksud sebarang maklumat yang berada dalam pegangan atau kawalan kami yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan anda (atau mana-mana individu lain) sehingga anda (atau individu tersebut) layak atau boleh dikenal pasti daripada maklumat tersebut atau maklumat lain dalam pegangan kami.

"Produk dan Perkhidmatan" bermaksud sebarang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh 7-Eleven Malaysia Holdings Berhad.

"Kami" bermaksud 7-Eleven Malaysia Holdings Berhad.

Tujuan

Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, 7-Eleven Malaysia sedang mengambil langkah/dalam proses untuk memastikan bahawa semua kakitangan /pelanggan mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi tersebut di mana 7-Eleven Malaysia komited supaya semua kakitangan dan pelanggan berasa yakin bahawa data peribadi yang didedahkan kepada pihak kami adalah selamat dan terpelihara.

Dasar Privasi ini menerangkan polisi kami mengenai pengumpulan, penggunaan dan pendedahan maklumat tersebut.

Maklumat peribadi

Maklumat peribadi merujuk kepada segala maklumat dalam milikan atau kawalan kami yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung kepada anda sebagai individu atau mana mana individu lain termasuklah maklumat peribadi yang sensitif yang mungkin berkaitan dengan kesihatan, keluarga, agama dan lain lain.

Jenis maklumat peribadi

Data Peribadi ini sedang atau diproses bagi tujuan menyediakan perkhidmatan yang cekap dan berkesan atau untuk memastikan bahawa kedudukan dan pekerjaan adalah selaras dengan keupayaan dan personaliti anda, butiran kenalan /saudara terdekat sekiranya berlaku kecemasan, bagi tujuan tersebut kami perlu mengumpulkan maklumat peribadi yang berkaitan untuk kakitangan / pelanggan.

Maklumat peribadi yang kami perlukan termasuk tetapi tidak terhad kepada: Nama, Tarikh Lahir, Jantina, Bangsa, Dokumen Kad Pengenalan, KWSP, Perkeso, Alamat Rumah, No. Telefon, Alamat E-mel, Nombor Akaun Bank, rekod kebankrapan, kelayakan, butir butir keluarga.

Bagaimana kami mengumpul maklumat peribadi anda?

Kami mengumpul maklumat peribadi melalui borang permohonan pekerjaan semasa anda memohon kerja. Bagi pelanggan /pembekal adalah semasa anda mengisi salah satu borang kajiselidik / borang maklum balas sebagai pelanggan atau semasa anda mendaftar sebagai pembekal yang telah diluluskan oleh pihak syarikat. Untuk kakitangan yang telah diterima bekerja, kami perlu mengumpul maklumat tambahan dalam bentuk butiran keluarga dan juga maklumat lain yang dikira perlu .

Penggunaan maklumat peribadi anda

Memproses permohonan kakitangan yang berpotensi untuk memenuhi kekosongan jawatan

1.Pengesahan kelayakan dan pengalaman kakitangan
2.Untuk mendaftar dalam badan badan berkanun untuk memudahkan pembayaran KWSP / PERKESO / Cukai Pendapatan
3.Transmisi pembayaran gaji dan juga bayaran lain
4.Dalam kes kecemasan, menghubungi keluarga terdekat
5.Memproses maklumat untuk tujuan Insuran
6.Menguruskan latihan kemahiran dan meningkatkan kecekapan kakitangan
7.Menghubungi pelanggan untuk setiap aduan, maklumbalas dan juga menjalankan kajiselidik
8.Mengesahkan alamat pembayaran, maklumat dan perkara perkara lain yang berkaitan dengan jualan / pembelian daripada pelanggan / pembekal dan juga untuk menyimpan rekod sejarah pembayaran dan resit
9.Pemasaran dan jualan langsung, promosi dan tawaran
10.Maklumat peribadi anda juga mungkin akan didedahkan kepada lain lain syarikat yang berada di dalam Kumpulan, rakan kongsi yang strategik, peniaga, penasihat profesional, institusi kewangan dan biro kredit, agensi penguatkuasaan undang undang, agensi kerajaan
11.Maklumat anda juga mungkin akan didedahkan kepada pihak ketiga sebagai hasil penyusunan semula, penjualan dan pengambil alihan syarikat syarikat dalam dan luar kumpulan itu, bergantung kepada penerimaan dan penggunaan syarikat bagi tujuan tertentu sahaja

Hak untuk mengekses, pembetulan dan kemas kini maklumat peribadi anda

Anda boleh memohon untuk mengekses, memohon untuk pembetulan dan menghapuskan maklumat peribadi anda yang dipegang / disimpan oleh pihak kami. Anda juga boleh menghadkan pemprosesan pada bila bila masa selepas ini. Sekiranya selepas ini anda ingin meminda atau mengemas kini mana mana maklumat peribadi anda yang berada dalam simpanan kami, selepas pihak kami membuat pengesahan bahawa anda adalah pemilik maklumat tersebut, anda boleh menghubungi pihak kami melalui e-mel atau borang ke alamat berikut::-

Alamat: Level 3A, Podium Block, Plaza Berjaya, No. 12, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon: 03-2142 1136
E-mel: marketing@7eleven.com.my

Kemaskini kenyataan privasi

Kami mungkin mengemaskini pernyataan privasi ini dari masa ke semasa dan versi kemaskini hendaklah terpakai dan mengatasi semua kenyataan sebelum ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada risalah dan versi bercetak.